Pages

Selamat Tahun Baru 2012

Dua ribu sebelas, tahun yang banyak cabaran dan dugaan. 

Januari - May
Bertungkus - lumus sebagai pelajar tahun akhir Biomedical Engineering, UTM. Menangis, stress, teriyak, melalak, semua cukup lengkap serba serbi satu. Hah. Akhirnya berjaya juga menamatkan Degree. Bangga? Boleh la. 

Habis final exam on 19th May kalau tak salah, and on 21st May, pergi interview. Berjaya, maka diminta kerja pada 1st June.

22 May 2011 Izhar berbincang dengan Umi Waled, nak bertunang. Hehehehehehe :)

Jun - September
Adalah jangka waktu 1st job aku. Kenapa sekejap sahaja? Ada la masalah dalaman syarikat tersebut yang membuatkan aku terpaksa mencari pekerjaan baru yang boleh menampung kos sara diri aku. Hikhikhik. 

24 September tarikh hari konvokesyen. SERONOK!!!

26 September lapor diri di tempat kerja baru. Sekejap sahaja masa menganggur. Menganggur lama-lama boleh menyebabkan ketidak-happy-an dalam diri. Harus cari kerja secepat mungkin, nak berjaya kena pantas. Kann? :D

27 November 2011 tarikh pertunangan. Simple. Semuanya secara sederhana, seperti yang diimpikan. Pelamin pun malam sebelum hari kejadian, baru pulun buat sendiri. 4 hari muntah dan cirit birit. Tapi tetap maintain cool masa hari kejadian. Takkan nak tunjuk sakit kan?

Disember
Bulan yang kelam kabut otak. Banyak sangat berfikir. Macam mana nak start buat hal kerja kahwin dan sebagainya. Macam mana nak cari bridal, macam mana nak buat kad, busana nak gaya macam mana, dengan fikir rumah lagi mana nak duduk lepas kahwin. Paling penting, mana nak cari duit tambahan??? Kusut. Tengok ticker kat tepi tu, 169 hari lagi? Heh. Senyum sajalah. Aku tahu sangat sempat tapi biasa lah aku, gelabah tak menentu. Apa-apa pun doakan rezeki  mencurah-curah, dapat lah buat macam-macam. :) Aminn.

Alhamdulillah 2011 banyak buat perubahan pada diri dan hidup. Moga segalanya diberkati Allah SWT. Mudah-mudahan tahun hadapan 2012 lebih maju kedepan dan semakin dekat dengan Tuhan. Aminn Ya Robb.

SELAMAT TAHUN BARU 2012




Wordless Wednesday

cam to gif




Planet Curry House, Kuantan

Sesi makan-makan kembali seperti biasa uolss. Ahkak dah semangat snap gambar masa pergi makan kelmarin. Nyumnyumnyum uolss.

Tempat kali ini adalah Planet Curry House yang terletak di Jalan Kubang Buaya, Kuantan. Antara makanan yang paling ahkak suka adalah Mee Sup extra kerang. Perghh laa sedap gilaa. Tiap minggu pergi makan sini.


Mee Sup Extra Kerang
Tapi Izhar dia tak suka Mee Sup. Sebab rasa pelik dia cakap. So macam biasa, dia makan Mee Kari Extra, aku makan Mee Sup Extra Kerang. Eeeeee terliur dik non sambil menaip ni. Slurppp.


Luas pulak dahi dia ni
Gambar di bawah adalah bertujuan untuk melelehkan air liur saudara-saudari. hehehe

Mee Kari


Strawberry Cincau. Belum pernah rasa, nanti nak try.


Sebut harga makanan. Ahad tutup ye adik-adik.
Source : Foursquare






Senarai Drama Korea & Link Download Drama Korea

Lagi-lagi Korea. Tiap hari Korea. Semuanya Korea.

Saya suka Korean drama tak bermakna saya tak bangga dengan hasil ciptaan tempatan. I layan Ombak Rindu jugak uolss. Gerak Khas pun wa tonton!


Back to main point, saya dengan suka hati nak share senarai drama korea sepanjang adanya drama Korea dekat Malaysia ni. 'Senarai drama Korea 2011' boleh dikatakan setiap hari ada orang searching for that kan.


Pernah buat review pasal Heaven of Desires, boleh baca sini, sini dan siniKalau terasa nak tengok Full House, Winter Sonata, Autumn in My Heart, dari cerita tahun 1999 sampai laa yang tengah tayang. Wooo best woo. Cuma kena gigih mendownload saja lah.





Sebelum ni, Heaven of desires banyak letak link Mediafire, aku memang suka gila laa guna Mediafire compared to others. Sekarang, HOD perkenalkan IDM COOKIES IMPORTER - WUPLOAD PREMIUM. Yang ini korang kalau nak guna, g lah baca sendiri dekat link tadi ye. Diorang dah siap explain in both language - English & Malay. Tak paham, tanya saja Admin HOD. Diorang akan membantu.  

♥ Untuk senarai website download drama korea yang lain boleh klik SINI




Related Posts with Thumbnails